Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Tingkatkan kesedaran bahaya penyalahgunaan teknologi  ​ 

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman 

BERAKAS, Selasa, 15 November. - Walaupun dengan jumlah penduduk yang sedikit, Negara Brunei Darussalam (NBD) berada dalam kedudukan kedua dari segi penggunaan sosial media, selepas Kuwait. 

Berbanding dengan banyak negara lain yang mempunyai penduduk yang ramai, kedudukan NBD di tempat kedua tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana masyarakat mungkin belum mengetahui bahaya daripada penggunaan sosial media jika tidak dimanfaatkan dengan baik. 

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi, tidak dinafikan telah banyak membawa kemudahan dan perhubungan komunikasi yang lebih efisien. 

Namun penyalahgunaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan siber sebagai medium melakukan jenayah yang mampu menggugat keselamatan masyarakat khususnya dalam kalangan remaja. 

Penganalisa Keselamatan, Cyber Security Brunei, Dayang Nomi Hafiz Zakiah binti Haji Pawi mengongsikan perkara tersebut semasa sesi taklimat mengenai 'Jenayah Siber' bagi para peserta Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) Jemaah Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri, Jemaah Muslimah Masjid Kampung Sungai Bunga dan Jemaah Muslimah Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah Kampung Sungai Akar bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Berakas. 

Sesi taklimat tersebut dihasrat untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya penyalahgunaan teknologi media sosial, seperti 'cyber-bully' dan penipuan dalam talian atau 'scamming' atau 'phishing' serta peras ugut. 

Menurut Dayang Nomi Hafiz Zakiah, statistik yang diperoleh daripada Global Digital Overview 2022 (Brunei Darussalam), menunjukkan bahawa daripada sejumlah 443,500 keseluruhan penduduk NBD, seramai 516,500 adalah pengguna sosial media yang aktif, iaitu 116.5 peratus pengguna sosial media daripada keseluruhan penduduk negara. 

Beliau turut menjelaskan bahawa perkongsian maklumat peribadi terperinci secara dalam talian boleh digunakan oleh penjenayah siber dengan mengeksploitasinya dengan mudah untuk melakukan jenayah terancang dan oleh itu pengguna perlu lebih berwaspada dan berhati-hati serta mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. 

Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian, beliau menasihatkan para pengguna untuk tidak terlalu mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, alamat rumah, kata laluan rahsia (password), lokasi awda berada dan sebagainya. 

Sejurus sesi taklimat berkenaan, para peserta juga dibawa melawat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas iaitu Balai Bomba, Unit Operasi Wanita, Cawangan Operasi C, untuk mengetahui peranan dan tugas serta tanggungjawab jabatan berkenaan. 

pmb 2.jpg

pmb 3.jpg

pmb 1.jpg


Attachments
Created at 17/11/2022 10:24 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 17/11/2022 10:24 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim