Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program sentuh perkembangan terkini kerajaan kepada masyarakat

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Hamzah Mohidin, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman 

BERAKAS, Sabtu, 29 Oktober. - Dalam usahanya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan terkini mengenai usaha-usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup dan menyuntik semangat diri serta memberikan inspirasi kepada anggota masyarakat, Jabatan Penerangan, hari ini, mengadakan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi seramai 29 Jemaah Muslimah Masjid-Masjid Daerah Brunei dan Muara. 

Program pada sebelah pagi itu dimulakan dengan sesi taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haj i Idris. 

Taklimat antara lain bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme. 

Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara. 

Ini kemudian diikuti dengan taklimat mengenai Konsep Makanan Halal Dalam Islam disampaikan oleh Jabatan Hal Ehwal Syariah yang antara lain menyentuh mengenai Akta Daging Halal Penggal 183 dan Perintah Sijil Halal dan Label Halal, 2005. 

Taklimat seterusnya mengenai Wawasan Brunei 2035 daripada Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri yang mengongsi beberapa inisiatif dan perkembangan terkini yang dilaksanakan ke arah menuju wawasan negara dalam bidang pendidikan, sumber tenaga manusia, sektor kesihatan, infrastruktur dan peningkatan keberkesanan dan produktiviti sektor awam. 

Pada sebelah petang, para peserta berkesempatan mengunjungi Galeri Lentera Makmur, Jabatan Penerangan di mana galeri tersebut telah dirasmikan pada 10 April 2021. 

Galeri ini merupakan sebagai nilai tambah kepada platform penyebaran maklumat yang sedia ada sejajar dengan objektif asal penubuhan Jabatan Penerangan pada 1 April 1952 untuk menyalurkan maklumat dasar dan aktiviti kerajaan kepada seluruh lapisan masyarakat sama ada di bandar atau pedalaman dalam usahanya untuk membudayakan masyarakat bermaklumat. 

Para peserta juga berkesempatan mengunjungi Bangunan Inkubatur Makanan Perusahaan Kecil (IMPK), Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kilanas dan mendengarkan penerangan ringkas mengenainya disampaikan oleh Pegawai Pertanian, Dayang Hajah Saaimah binti Haji Abdi Manaf. 

PMB yang diungkayahkan oleh Jabatan Penerangan ini adalah untuk menyuntik semangat dan menginspirasikan anggota masyarakat bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka melalui aktiviti keusahawanan serta memberi pengetahuan dan maklumat bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup dengan membina ekonomi dalam bidang keusahawanan melalui taklimat-taklimat dari agensi-agensi tertentu. 

Selain itu, perkongsian maklumat bersama pengusaha yang berjaya juga dihasratkan akan dapat mewujudkan masyarakat kampung yang bermaklumat dan berilmu dalam sama-sama menanai hasrat kerajaan mencapai Wawasan Brunei 2035. 

 
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya. 

Turut hadir, Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin dan Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Nadhirah binti Haji Lahit. 

Terdahulu, atur cara majlis dimulakan dengan penyampaian ucapan alu-aluan daripada Pemangku Ketua Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Rainie bin Haji Durani.

PMB BM 5.jpg

PMB BM 4.jpg

PMB BM 6.jpg

PMB BM.JPG

PMB BM 2.JPG

PMB BM 3.jpg

Attachments
Created at 31/10/2022 11:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 31/10/2022 11:59 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim