Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

20 pemenang Kuiz Penerangan diraikan

Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Azmah Haji Ahad

BERAKAS, Rabu, 1 Jun. - Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Penerangan sempena Sambutan Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-70, Tahun 2022 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, diadakan di Galeri Lentera Makmur, Bangunan Asal Jabatan Penerangan.

 

Kuiz Penerangan tersebut diadakan bermula pada 7 Mei 2022 melalui platform akhbar rasmi Kerajaan, Pelita Brunei dan rangkaian-rangkaian radio dengan kerjasama pihak Radio Televisyen Brunei (RTB).

 

Kuiz Penerangan merupakan salah satu program bersempena Sambutan Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-70, Tahun 2022 berobjektif untuk memberi pendedahan kepada orang ramai, terutama generasi baharu tentang peranan Jabatan Penerangan dalam melaksanakan strategi kerja kepada masyarakat seiring dengan perkembangan zaman, di samping memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan jabatan kepada orang ramai.

 

Kuiz ini berjaya menarik minat penyertaan dari pelbagai peringkat umur masyarakat di negara ini.

 

Seramai 20 pemenang kuiz, iaitu 10 orang dari penyertaan di Pelita Brunei dan 10 orang lagi dari rangkaian-rangkaian radio menerima hadiah masing-masing daripada Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

 

Turut hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan serta Pegawai-pegawai Kanan Jabatan penerangan.

 

Selain Kuiz Penerangan, Jabatan Penerangan mengatur beberapa acara bersempena Sambutan Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-70, Tahun 2022, antaranya Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Membaca Yaa Siin dan Tahlil, di Kubah Makam Diraja, khusus buat ayahanda, bonda dan anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim juga Kempen Derma Darah.

20 pemenang Kuiz Penerangan diraikan(1).jpg


20 pemenang Kuiz Penerangan diraikan(2).jpg

Attachments
Created at 04/06/2022 11:53 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 04/06/2022 11:53 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim