Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sambutan Nuzul Al-Quran, penutup Tadarus Al-Quran

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Masri Osman

 

BERAKAS, Khamis, 28 April. - Kitab suci Al-Quran merupakan mukjizat agung yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan merupakan buku panduan kehidupan yang sempurna terutama bagi mereka yang bertakwa.

 

Timbalan Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk menjelaskan bahawa Al-Quran adalah sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.

 

"Manusia adalah dituntut untuk menyempurnakan tiga hal Al-Quran itu sendiri iaitu Hak Tilawah (membaca Al-Quran); Hak Tadabbur Al-Quran (merenungi makna dan isi kandungan Al-Quran); dan Hak Amal Al-Quran dalam kehidupan seharian," ujarnya semasa menyampaikan Tazkirah Khas pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Majlis Penutup Tadarus Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan, hari ini, di sini.

 

Oleh itu, tambahnya, mereka yang bersahabat dengan Al-Quran pastinya hidup akan lebih tenang dan insyaaAllah akan berbahagia bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.

 

Juga hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

 

Majlis diteruskan dengan Majlis Penutup Tadarus Al-Quran yang dipimpin oleh Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar dan seterusnya disemarakkan dengan persembahan Dikir Marhaban.

 

Pada majlis tersebut juga, seramai lima anak yatim serta mereka yang berkeperluan menerima sumbangan derma disampaikan oleh tetamu kehormat sebagai persediaan menyambut Sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.


INFODEPT03_005.jpg

INFODEPT03_006.jpg

INFODEPT03_003.jpg

Attachments
Created at 07/05/2022 09:33 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 07/05/2022 09:34 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim