Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pengemaskinian SOP berada di masjid

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani

BERAKAS, Sabtu, 23 April. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman menjelaskan bahawa Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan bahawa bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan langkah-langkah yang dilaksanakan.  

Menurut Yang Berhormat, langkah-langkah yang dilaksanakan adalah membenarkan para jemaah lelaki dan perempuan untuk menghadiri Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid, surau dan balai ibadat dengan penjarakan fizikal, mengikut ukuran tikar sembahyang masing-masing, iaitu merapatkan saf mengikut ukuran tikar sembahyang masing-masing.  

Yang Berhormat menambah, kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah adalah tidak dibenarkan hadir.  

''Pengemaskinian penjarakan saf (dari penjarakan yang ditetapkan sebelum ini) adalah akan seterusnya dilaratkan kepada Sembahyang Fardu Jumaat dan fardu lima waktu mulai 1 Syawal 1443 Hijrah,'' ujar Yang Berhormat pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.  

 covid news 2 2642022.JPG

Attachments
Created at 26/04/2022 08:32 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 26/04/2022 08:32 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim