Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pegawai, Kakitangan Kerajaan Kembali Bertugas Secara Fizikal

Oleh : Khartini Hamir 

Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BERAKAS, Jumaat, 22 April. - Jawatankuasa Pandu COVID-19 juga ingin memaklumkan mengenai pengemaskinian syarat-syarat bagi garis panduan-garis panduan Fasa Awal Endemik (Early Endemic Phase) di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19 seperti berikut. Semua pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, termasuk mereka yang bertugas di kaunter perkhidmatan dan sebagai petugas barisan hadapan (frontliners), tanpa mengira status vaksinasi masing masing (kecuali yang mempunyai Kod BruHealth berwarna Ungu) adalah dikehendaki untuk Kembali bertugas secara fizikal ke pejabat masing-masing bermula Isnin, 25 April 2022. 

Keterangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri yang akan dikeluarkan Sabtu, 23 April 2022. 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong mengongsikan perkara tersebut pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi. 

Dalam pada itu, menurut Yang Berhormat, sektor swasta adalah juga digalakkan untuk melaksanakan garis panduan ini dan ketetapan lanjut adalah tertakluk daripada majikan masing-masing. 

Manakala, tambah Yang Berhormat, menyentuh mengenai Protokol 'Day Pass' yang disediakan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan yang mempunyai Kod Merah bagi menggantikan keperluan kuarantin dengan membuat Ujian Pantas Antigen (ART) negative selama lima hari dan akan dilaratkan kepada orang awam. 

''Orang awam yang mempunyai Kod Merah hendaklah melaporkan keputusan ART negatif pada setiap hari selama lima hari dan disahkan melalui aplikasi BruHealth bagi membolehkan mereka memasuki premis pada hari-hari tersebut. Perkara ini akan mula dilaksanakan pada Jumaat, 6 Mei 2022,'' jelas Yang Berhormat lagi.

moh 2 23 april.JPG

Attachments
Created at 23/04/2022 10:15 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 23/04/2022 10:20 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim