Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

34.1 Peratus Kanak-Kanak Terima Dos Pertama

Oleh : Khartini Hamir 

Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BERAKAS, Jumaat, 22 April. Setakat kelmarin, Khamis, 21 April 2022, sebanyak 1,123 dos vaksin diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 14,641 dos, iaitu 34.1 peratus kalangan 

kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut. 

Sementara itu, liputan bagi penduduk negara ini yang menerima tiga dos vaksin adalah pada kadar 63.8 peratus. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku wakil Menteri Kesihatan mengongsikan mengenai perkara itu pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi. 

Menurut Yang Berhormat, hari ini, sebanyak 150 kes baharu dilaporkan, iaitu 139 kes hasil daripada pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) dan 11 kes adalah hasil daripada 910 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam yang lalu. 

Oleh itu, tambah Yang Berhormat, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di NBD setakat ini ialah sebanyak 140,873 kes. Selain itu, Yang Berhormat mengongsikan bahawa statistic harian COVID-19 juga menyatakan terdapat dua kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala tidak ada kes sedang berada di Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. 

Dalam pada itu, menurut Yang Berhormat, sebanyak 114 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 139,523 kes, sementara jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 1,132 kes, iaitu 22 kes sedang dirawat di hospital, manakala 1,110 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.  

''Marilah kita memohon keampunan dan hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala dan terus memanjatkan doa semoga NBD berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa diberikan keafiatan,'' kata Yang Berhormat.  

moh 2 23 april.JPG

Attachments
Created at 23/04/2022 10:05 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 23/04/2022 10:05 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim