Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

63.1 Peratus Penduduk Terima 3 Dos Vaksin

​Oleh : Nooratini Haji Abas

Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

BERAKAS, Selasa, 19 April. - Sebanyak 1,092 dos vaksin diberikan kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun pada 18 April 2022 yang membawa kepada jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 12,275 dos, iaitu 28.6 peratus daripada kalangan kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut.

Sementara itu, liputan bagi penduduk negara ini yang menerima tiga dos vaksin adalah pada kadar 63.1 peratus. Kenyataan itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), yang diadakan di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan,di sini.

Dalam pada itu jelas Yang Berhormat, sebanyak 182 kes baharu dilaporkan hari ini, iaitu 162 kes hasil daripada pengesanan Ujian Pantas Antigen (ART) dan 20 kes adalah hasil daripada 877 Ujian Makmal RT-PCR yang dilakukan dalam tempoh masa 24 jam yang lalu.

Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di NBD setakat ini, tambah jelas Yang Berhormat, ialah sebanyak 140,364 kes. Kata Yang Berhormat lagi, statistik harian COVID-19 yang lain pula, iaitu terdapat satu kes yang dikategorikan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Manakala satu kes lagi sedang berada dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

''Sebanyak 494 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 139,187 kes. Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 959 kes, iaitu 37 kes sedang dirawat di hospital, manakala 922 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,'' ujar Yang Berhormat.

moh 23 april.JPG

Attachments
Created at 23/04/2022 09:46 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 23/04/2022 09:46 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim