Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat memperkukuh semangat patriotik pelajar

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 November. - Sekolah St. George's, Bandar Seri Begawan menjadi tumpuan bagi Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, hari ini.

Taklimat dihadiri oleh Pengetua Sekolah berkenaan, Awang Janidi bin Jingan dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan dan juga seramai 40 pelajar yang terdiri daripada Tahun 7.

Taklimat disampaikan oleh Pemangku Penolong Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri pelajar.

PR7D92_1.JPE

PR35C6_1.JPE

PR3B10_1.JPE

PR918B_1.JPE

PR9B22_1.JPE

PRDC42_1.JPE

PROGRA_1.JPE

PROGRA_2.JPE

PROGRA_3.JPE

PROGRA_4.JPE


Attachments
Created at 12/11/2024 03:50 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 12/11/2024 03:54 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin