Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohammad Hasif Matzin
LABI, Sabtu, 2 November. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan serta menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Rumah Panjang Mendaram Besar dan Teraja, Mukim Labi, Daerah Belait yang berlangsung di rumah panjang berkenaan.
Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.
Program dimulakan dengan mukadimah ketua rombongan yang antara lain menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.
Tambahnya, sebagai salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka, ia dihasrat untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.
Program Sua Muka turut diisikan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan alam sekitar, institusi kebajikan, prasarana dan kemudahan awam serta hal-hal lain.
Turut hadir menyampaikan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Daerah Belait.
%20BAGI%20RUMAH%20PANJANG%20MENDARAM%20BESAR%20DAN%20TERAJA,%20MUKIM%20LABI,%20DAERAH%20BELAIT%20(2).jpeg)
%20BAGI%20RUMAH%20PANJANG%20MENDARAM%20BESAR%20DAN%20TERAJA,%20MUKIM%20LABI,%20DAERAH%20BELAIT%20(3).jpeg)
%20BAGI%20RUMAH%20PANJANG%20MENDARAM%20BESAR%20DAN%20TERAJA,%20MUKIM%20LABI,%20DAERAH%20BELAIT%20(4).jpeg)
%20BAGI%20RUMAH%20PANJANG%20MENDARAM%20BESAR%20DAN%20TERAJA,%20MUKIM%20LABI,%20DAERAH%20BELAIT%20(5).jpeg)
%20BAGI%20RUMAH%20PANJANG%20MENDARAM%20BESAR%20DAN%20TERAJA,%20MUKIM%20LABI,%20DAERAH%20BELAIT%20(6).jpeg)
%20BAGI%20RUMAH%20PANJANG%20MENDARAM%20BESAR%20DAN%20TERAJA,%20MUKIM%20LABI,%20DAERAH%20BELAIT%20(7).jpeg)