Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Literasi Penerangan Belia Daerah Tutong labuh tirai

​Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Azmah Haji Ahad, Ak. Md. Hasnal Ali Saodiqen. Pg. Haji Abu Bakar

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 September. - Program Literasi Penerangan Belia Daerah Tutong menutup tirainya petang tadi dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil.

Penyampaian sijil kepada 33 peserta belia dari Mukim Telisai, Daerah Tutong disempurnakan oleh Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Terdahulu, program telah disusun atur dengan taklimat bertajuk 'Mengukuh-Mantapkan Akidah Golongan Belia' dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang antara lain menyentuh mengenai dengan Islam dalam konteks Negara Brunei Darussalam dari segi kepercayaan dan pengamalan berasaskan akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

Program juga diteruskan dengan lawatan ke Pusat Bahagia, Pulaie dan para peserta berpeluang mempelajari bahasa isyarat dan aktiviti mobiliti.

Taklimat terakhir ialah mengenai dengan 'Berita Palsu, Jenayah Siber dan Scammer' yang dikendalikan oleh Jabatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Perdana Menteri.

Program Literasi Penerangan merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penerangan menggunakan pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government yang antara lain dihasratkan untuk melahirkan para belia berwawasan, mempunyai jati diri yang kukuh serta memiliki nilai luhur cintakan agama, bangsa dan negara yang tinggi serta memupuk rasa tanggungjawab ke arah memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dengan jayanya.

Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Tutong (1).jpg

Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Tutong (2).jpg

Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Tutong (3).jpg

Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Tutong (4).jpg

Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Tutong (5).jpg 

Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Tutong (6).jpg 

Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Tutong (7).jpg


Attachments
Created at 24/09/2024 10:33 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 24/09/2024 10:33 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin