Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri hari ini, 22 Syawal 1445H bersamaan 2 Mei 2024M telah mengadakan Sambutan Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-72 Tahun.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya menyaksikan Video Selawat Ibrahimiyah yang dipersembahkan oleh kumpulan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan, diteruskan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil serta Doa Kesyukuran.
Majlis turut meraikan dan menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada pesara-pesara Jabatan Penerangan pada bulan September 2023 sehingga Mac 2024.
.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)