Isnin, 29 April 2024 - Seramai dua mahasiswi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang menjalani pengajian di Akademi Pengajian Brunei telah mengadakan Sesi Pembentangan Penempatan Kerja setelah menjalani penempatan kerja di Jabatan Penerangan selama tiga bulan bermula 8 Januari 2024 lalu.
Melalui sesi pembentangan tersebut, para mahasiswi berkongsi pengalaman yang diperoleh serta ilmu yang dipelajari sepanjang penempatan kerja di jabatan ini.
Sesi pembentangan berkenaan telah dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Perkembangan, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi.