Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai semangat patriotisme, sifat perpaduan

Oleh: Khartini Hamir / Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

RIMBA, Khamis, 25 April. – Dalam hasrat untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI pagi tadi mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN.

Acara yang diadakan di Teater Kuliah, Sekolah Menengah Rimba II dihadiri oleh seramai 200 orang pelajar Tahun 7 & 8 sekolah berkenaan.

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) di kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

Pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran di kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

Di hujung program tersebut, para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN.

Turut hadir Timbalan Pengetua Akademik, Dayang Noridah binti Haji Kassim dan Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Hajah Roslinawati binti Haji Yahya dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

JKA SM RIMBA 2.jpeg
JKA SM RIMBA 2 (5).jpegJKA SM RIMBA 2(2).jpeg

JKA SM RIMBA 2 (3).jpeg

JKA SM RIMBA 2 (4).jpeg


Attachments
Created at 27/04/2024 02:48 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 27/04/2024 02:48 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin