Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai semangat patriotik dalam diri pelajar

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 April. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bertempat di Chung Hwa Middle School, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Seramai 141 pelajar Tahun 7 menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di dewan sekolah berkenaan. Juga hadir pada program tersebut, Pengetua Sekolah, Madam Kho Lan dan tenaga-tenaga pengajar.

Pengisian program disampaikan oleh Pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik dan Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Jabatan Penerangan, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin yang antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan lebih terperinci.

Para pelajar juga berpeluang menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan Video Animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara' dan menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

TK CHUNG HWA MIDDLE SCHOOL, BSB.jpg 

TK CHUNG HWA MIDDLE SCHOOL, BSB (1).jpg 

TK CHUNG HWA MIDDLE SCHOOL, BSB (2).jpg 

TK CHUNG HWA MIDDLE SCHOOL, BSB (3).jpg


Attachments
Created at 24/04/2024 04:15 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 24/04/2024 04:16 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin