Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

445 pelajar hadiri Jerayawara Kenali ASEAN

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Mac. – Program Kenali ASEAN merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan para pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

Pada masa yang sama, ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

Sehubungan dengan itu, dalam hasratnya untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada para pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI Negara Brunei Darussalam mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN kepada 445 pelajar Tahun 7, Tahun 8 dan Tahun 9 Sekolah St. Andrew bertempat di Dato Ong Kim Kee Hall sekolah berkenaan.

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih 'We ASEAN' yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN (ASEAN Member States), kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video.

Aplikasi berkenaan merupakan salah satu projek di bawah Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN- COCI, yang boleh dimuat turun melalui 'Google Play' bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna iOS.

Turut hadir ialah Pengetua Sekolah, Madam Tan Lian Lian; dan tenaga pengajar sekolah berkenaan.

JKA ST ANDREWSCHOOL21032024.jpg

JKA ST ANDREWSCHOOL21032024 (2).jpg

JKA ST ANDREWSCHOOL21032024 (3).jpg

JKA ST ANDREWSCHOOL21032024 (4).jpg

JKA ST ANDREWSCHOOL21032024 (5).jpg


Attachments
Created at 25/03/2024 01:14 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 25/03/2024 01:14 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin