Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat patriotisme, tanamkan sifat perpaduan

Suntik semangat patriotisme, tanamkan sifat perpaduan

 

Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 

MASIN, Khamis, 8 Jun. - Seramai 247 pelajar Tahun 7 dan Tahun 8 Sekolah Menengah Masin menghadiri Jerayawara Kenali ASEAN yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI.

 

Program yang diadakan di dewan sekolah tersebut dihasrat untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara.

 

Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

 

Selain itu, mengukuhkan hubungan antara jabatan berkenaan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

 

Taklimat disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail.

 

Beliau, dalam taklimatnya, antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

 

Kuiz ASEAN juga turut diadakan untuk mengenal pasti sejauh mana pengetahuan para pelajar mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan ini dalam membangun negara-negara anggotanya.

 

Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih 'We ASEAN' yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN (ASEAN Member States), kalendar ASEAN, kuiz, galeri gambar dan video.

 

Aplikasi tersebut merupakan salah satu projek di bawah Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI.

 

Ia boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android and App Store bagi pengguna iOS.

 

Turut hadir, Timbalan Pengetua I, Timbalan Pengetua II dan para tenaga pengajar Sekolah Menengah Masin.


JKA-SM MASIN 4.jpg

JKA-SM MASIN 3.jpg


Attachments
Created at 10/06/2023 04:19 PM by Unit Teknologi Maklumat dan Inovasi
Last modified at 27/01/2024 02:07 PM by hafizuddin.abubakar