
Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Infografik : Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 April. - Negara Brunei Darussalam pada hari ini mencatatkan 182 kes sembuh COVID-19 di mana dengan jumlah tersebut, jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini meningkat kepada 283,889.
Kementerian Kesihatan melalui Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 juga turut memaklumkan bahawa dua kes berada di Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi manakala satu kes turut berada di Kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Bagi Program Vaksinasi setakat 9 April 2023, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Sementara itu, sebanyak 79.2 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.