Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kukuhkan semangat patriotik, kenegaraan kepada penuntut

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

JALAN MUARA, Selasa, 21 Mac. - Seramai 153 penuntut Tahun 7 Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan menghadiri Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara di samping ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Taklimat yang diadakan di Auditorium maktab berkenaan turut dihadiri oleh guru-guru kanan dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan di Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Zurairah binti Haji Lisa, yang antaranya menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna, bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Pada akhir program, para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan dari Jabatan Penerangan.

MSS003.jpg

4096f01e-ec44-47ea-8ee2-251535a1c69f.jfif

4096f01e-ec44-47ea-8ee2-251535a1c69f.jfif

3cf6534a-aaf3-4b19-8817-8278627d9902.jfif

Attachments
Created at 25/03/2023 12:12 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 25/03/2023 12:12 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim