Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sifar kes dalam Kategori 5

13 mac.jpg

Oleh : Khartini Hamir / Infografik : Kementerian Kesihatan 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Mac. - Sebanyak dua kes dicatatkan berada di dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sementara itu tidak ada kes dicatatkan berada dalam Kategori 5.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 151 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 279,03

Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 88.0 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.

Attachments
Created at 18/03/2023 11:15 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 18/03/2023 11:15 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim