Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

192 kes disahkan sembuh

11 mac.jpg

Oleh : Srinarawie Bidzah / Infografik : Kementerian Kesihatan 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 11 Mac. - Sebanyak 192 kes COVID-19 disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 278,727.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, tidak ada kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Dalam masa yang sama, tidak ada kes di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagi Program Vaksinasi setakat 11 Mac 2023, sebanyak 88.0 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19

Attachments
Created at 18/03/2023 11:05 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 18/03/2023 11:05 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim