Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

COVID-19 : Tidak ada kes dalam Kategori 5

3 mac.jpgOleh : Muhammad Zulkamal Awang Haji Kamis / Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 3 Mac. - Sebanyak 119 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 277,574.

Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tidak ada kes berada di Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Bagi Program Vaksinasi setakat ini, sebanyak 88.0 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

Sementara itu, sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

Attachments
Created at 09/03/2023 09:27 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 09/03/2023 09:27 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim