Oleh : Srinarawie Bidzah / Infografik : Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Februari. - Sebanyak satu kes dicatatkan berada di dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Sementara itu tidak ada kes dicatatkan berada di dalam Kategori 5.
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 106 kes disahkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 277,191.
Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 88.0 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Manakala sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.