Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa

Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi para pelajar Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong bertempat di Dewan Jubli sekolah berkenaan.

Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Selain itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Seramai 119 orang penuntut menghadiri taklimat berkenaan.

Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong, Awang Radiman bin Haji Idris, dan juga para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

Taklimat kenegaraan disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris yang antara lainnya menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik kibarkan bendera negara, iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna, bersih, tidak koyak dan pudar warnanya.

Taklimat juga menyentuh mengenai sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Para penuntut turut berpeluang menyertai kuiz kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan dari Jabatan Penerangan yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Dina Safawanah binti Md. Murat.

TK SM MUDA HASHIM 1.jpeg

TK SM MUDA HASHIM 2.jpeg

TK SM MUDA HASHIM 3.jpeg

TK SM MUDA HASHIM.jpeg

Attachments
Created at 08/03/2023 11:00 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 08/03/2023 11:00 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim