Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Perkukuh peranan, tanggungjawab rakyat ke arah menyumbang negara

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said, Azmah Haji Ahad

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Februari. - Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Jemaah Muslimah Masjid-Masjid Mukim Keriam, Daerah Tutong pada hari kedua diteruskan lagi dengan mendengarkan taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.'

Taklimat yang diadakan pada sebelah petang hari ini disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah Binti Haji Idris bertempat di Auditorium, jabatan berkenaan.

Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

Program kemudian diakhiri dengan lawatan rombongan ke Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei yang terletak di Jalan Residency, di ibu negara untuk memperkenalkan dan memperlihatkan secara dekat produk-produk kain-kain Tenunan Brunei yang dipamerkan di tujuh galeri pameran seperti Galeri Pameran Tenunan, Galeri Songkok, Galeri Batik, Galeri Perak, Galeri Anyaman, Galeri Tembaga dan Galeri Seniukir.

Program kelolaan Jabatan Penerangan tersebut antara lain dihasratkan untuk menyuntik semangat dan menginspirasikan anggota masyarakat melalui taklimat-taklimat dari agensi-agensi tertentu dan perkongsian maklumat melalui sesi lawatan ke tempat-tempat terpilih bagi mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berilmu dalam sama-sama menanai hasrat kerajaan mencapai Wawasan Brunei 2035.

INFO9-04.jpg

INFO9-05.jpg

7d83b989-7e24-4810-87d4-8035c04ea4b5.jpg

56292e47-f435-4562-bebd-58288f5ca34b.jpg

e0807f58-6386-4010-ae02-614af799133f.jpg

Attachments
Created at 25/02/2023 02:33 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 25/02/2023 02:33 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim