
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Infografik : Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Februari. - Sebanyak 68 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 276,736.
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, tidak ada kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi dan tidak ada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Bagi Program Vaksinasi setakat 23 Februari 2023, sebanyak 87.9 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.7 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Sementara itu, sebanyak 79.1 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.0 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.