Bengkel Introduction to Canva adalah bengkel anjuran Jabatan Penerangan bagi Ahli-Ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-Kementerian (JPAKK) dan Jabatan-Jabatan Kerajaan (JKK).
Bengkel ini dikendalikan oleh Haji Khairulanwar bin Haji Ibrahim, Pereka Tingkat 1, Bahagian Pelita Brunei yang telah diadakan secara fizikal selama satu (1) hari pada 15 Disember 2022 di Bilik Latihan, Jabatan Penerangan.
Bengkel ini berfokus untuk memberikan latihan pegawai yang dicalonkan untuk mengunakan aplikasi Canva dengan sebaik nya dan mengenali aplikasai berkenaan dengan lebih mendalam. Peserta juga akan lebih mengetahui serba sedikit asas cara mereka bentuk poster, eposter dan infografik dan sedikit mengenai preparing artwork files.






