Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PMB : Pembarigaan perkembangan semasa kepada peserta

​Oleh : Khartini Hamir / Foto : Azmah Haji Ahad

 




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Disember. – Seramai 35 peserta menghadiri Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

 

Para peserta terdiri daripada para belia Kampung Batu Apoi termasuk warga kampung yang sudah bersara dari perkhidmatan dan sedang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan.

 

Dengan matlamat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan semasa, PMB bagi Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong diadakan selama sehari bertempat di Dewan Auditorium Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan, pagi tadi.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya.

 

Hadir sama, Ketua Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong, Awang Norasmadi bin Karim, selaku Ketua Peserta PMB.

 

Program dibahagikan kepada dua sesi (pagi dan petang), yang mana pada sebelah pagi merupakan taklimat daripada beberapa agensi jemputan yang telah dipilih untuk menyampaikan taklimat kepada para peserta.

 

Atur cara dimulakan dengan taklimat dari Jabatan Buruh mengenai Undang-undang Buruh atau Kemasukan Pekerja Asing yang disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Buruh, Dayang Siti Noor Hazimah binti Haji Zainal; dan Pemeriksa Buruh Kanan, Awang Zulfadhli bin Suhai.

 

Taklimat menyentuh mengenai kefahaman kepada majikan mengenai undang-undang perburuhan dan peraturan-peraturannya, serta memupuk tanggungjawab / akauntabiliti kepada piawaian dan pensyaratan perburuhan.

 

Sementara taklimat kedua pula mengenai Isu Pengangguran dan Memilih Pekerjaan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Manpower Planning and Employment Council (MPEC) iaitu Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, Dayang Khairunnisa Nadiah binti Abdul Ghani; Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat I, Dayang Poh Wan Ying @ Felicia; Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Awang Mohamad Adeeb bin Nazmi; dan Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Dayang Nurhayati binti Haji Zaini.

 

Taklimat berkenaan antara lainnya mengongsikan beberapa inisiatif bagi menangani isu pengangguran dan usaha-usaha untuk menangani isu tenaga manusia, selain juga membantu anak-anak tempatan untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

 

Sesi taklimat sebelah pagi diakhiri dengan taklimat bertajuk Peranan Darussalam Enterprise Dalam Pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) dari Darussalam Enterprise (DARe) yang disampaikan oleh Pengurus dan Ketua Pasukan untuk Sokongan Kerajaan dan Perniagaan di DARe, Dayangku Hajah Siti Normadinah binti Pengiran Haji Omarali.

 

Taklimat yang dikongsikan adalah bertujuan untuk menggalakkan budaya keusahawanan, memperluaskan perniagaan mereka ke arah pasaran dan juga bagi membantu perniagaan kecil-kecilan.

 

Sesi sebelah pagi kemudiannya diakhiri dengan lawatan pertama ke Galeri Lantera Makmur, Jabatan penerangan.

01.jpeg


02.jpeg


03.jpeg

 


Attachments
Created at 20/12/2022 04:14 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 20/12/2022 04:14 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin