Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Satu kes dalam Kategori 5

Oleh : Khartini Hamir

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 29 November. - Sebanyak satu kes dicatatkan berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Sementara itu tidak ada kes dicatatkan berada dalam Kategori 4. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19, yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 645 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat menjadi 253,239. Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 86.7 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.1 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Manakala sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.2 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

covid news.jpg



Attachments
Created at 20/12/2022 02:31 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 08/01/2023 09:56 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim