Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

11.2 peratus penduduk lengkap 4 dos vaksin

Oleh : Dk. Naqayatul Akma Pg. Haji Ali



BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 November. - Sebanyak 614 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 250,499. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi, manakala dua kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Bagi Program Vaksinasi setakat 25 November 2022, sebanyak 86.7 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.0 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.2 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.



251122.jpg


Attachments
Created at 20/12/2022 12:05 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 20/12/2022 12:05 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin