Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

COVID-19 : 630 kes disahkan sembuh

​Oleh : Khartini Hamir



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 22 November. - Sebanyak satu kes dicatatkan berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Manakala dua kes dicatatkan hari ini berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 630 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat menjadi 248,518. Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 86.6 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.0 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Manakala sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.2 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.


221122.jpg



Attachments
Created at 20/12/2022 11:57 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 20/12/2022 11:57 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin