Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

645 kes disahkan sembuh

​Oleh : Srinarawie Bidzah



BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 November. - Sebanyak 645 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 247,230. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada hari ini, sebanyak satu kes dilaporkan sedang berada dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Dalam masa yang sama, sebanyak dua kes sedang dilaporkan dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Setakat 20 November 2022, Program Vaksinasi masih kekal di tahap yang tinggi, iaitu sebanyak 86.6 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima dua dos vaksin manakala sebanyak 62.0 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima tiga dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.1 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.


201122.jpg



Attachments
Created at 20/12/2022 11:49 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 20/12/2022 11:49 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin