Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

COVID-19 : Tiada kes dalam Kategori 5

Oleh : Dk. Naqayatul Akma Pg. Haji Ali



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 November. - Sebanyak 622 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat kepada 244,848. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, empat kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi, manakala tiada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Sementara itu, dua kes telah dilaporkan meninggal dunia. Bagi Program Vaksinasi setakat 16 November 2022, sebanyak 86.5 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 61.9 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Sementara itu, sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.



Attachments
Created at 20/12/2022 10:37 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin
Last modified at 20/12/2022 03:46 PM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin