Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Tidak ada kes dalam Kategori 5

​Oleh : Muhammad Khairulanwar Ali Rahman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Ogos. - Tidak ada kes berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Sementara itu, tiga kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, hari ini, sebanyak 606 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh menjadi 211,788. Manakala bagi Program Vaksinasi setakat 10 Ogos 2022, sejumlah 81.2 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sejumlah 54.6 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin. Sejumlah 75.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 8.0 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

covid news 7.jpg


Attachments
Created at 16/12/2022 11:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 16/12/2022 11:58 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim