Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

608 kes sembuh, 4 kes Kategori 4

Oleh : Srinarawie Bidzah

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Ogos. - Sebanyak 608 kes telah disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam menjadi 209,995. Sementara itu, tidak ada kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Manakala, sebanyak empat kes sedang berada dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Menurut infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, bagi Program Vaksinasi setakat 7 Ogos 2022, sebanyak 81.1 peratus kanakkanak yang berumur 5 hingga 11 tahun telah menerima dua dos vaksin dan sebanyak 54.3 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima tiga dos vaksin. Manakala, sebanyak 75.6 peratus rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin dan sebanyak 7.8 peratus telah menerima empat dos vaksin COVID-19.

covid news 5.jpg


Attachments
Created at 16/12/2022 11:44 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 16/12/2022 11:44 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim