Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PMB : Tingkat pengetahuan masyarakat 

Oleh: Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said 

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 21 November. - Seramai 40  jemaah dan muslimah Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun hadir pada sesi sebelah petang Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang diadakan di Dewan Auditorium Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama Berakas. 

Pada sesi berkenaan, para rombongan diperdengarkan dengan taklimat mengenai peranan, dasar dan peraturan dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) yang disampaikan oleh wakil dari JKED. 

Dalam taklimat berkenaan antara lain menghuraikan mengenai Perintah Kastam 2006 dan Perintah Eksais 2006, iaitu barang-barang sekatan dan larangan; tatacara memohon eksport dan import barang; prosedur memproses deklarasi; tatacara permohonan barang transit dan pindah barang; cukai; penguatkuasaan kawalan barangan subsidi; dan pelbagai kesalahan dan penalti kastam. 

Program kemudian diakhiri dengan lawatan rombongan ke Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja (Brunei Energy Hub) di ibu negara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah sebelum penemuan minyak dan gas sehingga penerokaan pertama telaga minyak pada tahun 1899. 

Rombongan juga turut berpeluang menyaksikan galeri yang mempamerkan sejarah dan kehidupan rakyat negara ini sebelum kemunculan industri minyak dan gas pada tahun 1929 dan bagaimana industri berkenaan terus menjadi tulang belakang ekonomi Negara Brunei Darussalam hingga ke hari ini. 

Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja dibuka untuk kunjungan orang ramai pada setiap Sabtu hingga Khamis, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ditutup setiap Jumaat. 

Program berkenaan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan terkini mengenai pelbagai usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup dan menginspirasikan anggota masyarakat melalui aktiviti keusahawanan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

INFO-1.jpg

INFO-2.jpg

INFO-4.jpg

INFO-8.jpg INFO-5.jpg

Attachments
Created at 23/11/2022 04:23 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 29/11/2022 09:55 AM by Ernie Erma Binti Haji Salihudin