Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bariga usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup 

Oleh: Pg. Syiaruddin Pg. Dauddin / Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman 

BERAKAS, Isnin, 21 November. - Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua anggota masyarakat memahami, menyokong dan menghayatinya secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan. 

Ke arah itu, tujuan program berkenaan diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan terkini mengenai pelbagai usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup dan menyuntik semangat diri serta memberikan inspirasi kepada anggota masyarakat. 

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Muhammad Azyzul Azman @ Rosman bin Yakub pada PMB bagi seramai 40 orang jemaah dan muslimah Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun yang berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan Jabatan Penerangan, di sini. 

Beliau seterusnya menjelaskan, selain itu ia juga bertujuan untuk mengukuhkan jati diri dan memberikan keyakinan yang tinggi dalam menangani cabaran dan pengaruh kehidupan yang boleh mengganggu keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan kehidupan di negara ini. 

Antara pengisian program ialah taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam' yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, yang menekankan pentingnya menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara; peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan negara. 

Untuk meningkatkan kesedaran awam, Jabatan Peguam Negara dalam taklimatnya mengenai 'Jenayah Siber' menyentuh mengenai perkongsian maklumat peribadi terperinci secara dalam talian yang boleh digunakan oleh penjenayah siber dengan secara mudah mengekploitasi untuk melakukan jenayah terancang. 

Para peserta juga didedahkan mengenai bahaya penyalahgunaan teknologi media sosial seperti 'cyber-bully' dan penipuan dalam talian atau 'scamming' atau 'phishing' serta peras ugut dengan pelbagai isu yang berkaitan dengan Jenayah Siber dan penggunaannya di media sosial. 

Taklimat mengenai Wawasan Negara 2035 daripada Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035, Jabatan Perdana Menteri mengongsikan beberapa inisiatif dan perkembangan terkini yang dilaksanakan ke arah menuju Wawasan Negara dalam bidang pendidikan, sumber tenaga manusia, sektor kesihatan, infrastruktur dan peningkatan keberkesanan dan produktiviti sektor awam. 

Turut hadir pada program berkenaan, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini. 

INFODEPT13_01.jpg

INFODEPT13_04.jpg

INFODEPT13_05.jpg

INFODEPT13_06.jpg

INFODEPT13_16.jpg

Attachments
Created at 23/11/2022 03:53 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 23/11/2022 03:57 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim