Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kukuhkan semangat patriotik, kenegaraan kepada penuntut.. 

Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim 

TUTONG, Rabu, 16 November. -Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bagi seramai 87 penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong bertempat di dewan sekolah berkenaan. 

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. 

Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut. 

Turut hadir, Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Haji Masri bin Haji Md. Daud dan para tenaga pengajar sekolah berkenaan. 

Taklimat Kenegaraan telah disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris yang antaranya menyentuh mengenai raja Kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'. 

Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'. 

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. 

TK.jpeg

TK 1.jpeg

TK 2.jpeg

TK 3.jpeg

Attachments
Created at 19/11/2022 10:47 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 19/11/2022 10:47 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim