Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai taat setia kepada raja, agama, bangsa, negara

Berita dan Foto: Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 

LAMBAK KANAN, Rabu, 27 Julai. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik telah menerima undangan dari Sekolah Rendah Dato Basir untuk menyampaikan Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang berlangsung di Dewan Mutiara, sekolah berkenaan, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Guru Besar Sekolah Rendah Dato Basir, Dayang Hajah Sarinah binti Haji Ahmad.

 

Taklimat kenegaraan tersebut disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris kepada seramai 321 orang murid-murid dari Darjah Pra hingga Tahun 6.

 

Taklimat antara lain menyentuh mengenai raja kita, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan' dengan secara terperinci.

 

Pada program tersebut, selain mendengar taklimat, murid-murid sekolah berkenaan juga berpeluang ikut serta dalam sesi kuiz kenegaraan.

 

Program diungkayahkan sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai dan menanam rasa cinta dan taat setia kepada raja, agama, bangsa dan negara, selain dihasratkan untuk mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam kalangan murid-murid sekolah.

Semai taat setia kepada raja, agama, bangsa, negara(1).jpg

Semai taat setia kepada raja, agama, bangsa, negara(2).jpg

Attachments
Created at 28/07/2022 11:50 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 28/07/2022 11:50 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim