Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

1,660 kes disahkan sembuh dicatatkan

Oleh : Muhammad Khairulanwar Ali Rahman / Infografik : Kementerian Kesihatan

 

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Julai. - Satu kes yang berada di dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

 

Sementara itu, sebanyak 10 kes berada di dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

 

Menurut infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini, sebanyak 1,660 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh menjadi 188,790.

 

Satu kes COVID-19 meninggal dunia.

 

Manakala bagi program vaksinasi setakat 20 Julai 2022, sebanyak 78.5 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 52.0 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.

 

Sebanyak 74.2 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 5.4 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.

 1,660 kes disahkan sembuh dicatatkan 20072022.jpg

Attachments
Created at 21/07/2022 02:57 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 21/07/2022 02:57 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim