Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

1,772 kes baharu dikesan

Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

 

BERAKAS, Isnin, 18 Julai. - Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam adalah pada kadar purata kira-kira 1,730 kes setiap hari dalam masa satu minggu kebelakangan ini.

 

Sebanyak 68,893 keputusan ujian ART dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 17.5 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pemangku Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof mengongsikan perkara itu pada Sidang Media Normal Baharu COVID-19 di NBD, yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, di sini.

 

Sementara itu, jelas Yang Berhormat, satu kes berada dalam Kategori 5 iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) dan 15 kes berada dalam Kategori 4 iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

 

"Sepertimana dalam masa minggu-minggu sebelum ini, lebih 99 peratus daripada kes-kes yang dikesan dalam masa satu minggu kebelakangan telah dikategorikan di dalam Kategori 1 atau 2 dan tidak memerlukan rawatan di hospital," ujar Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya mengongsikan kadar liputan vaksinasi COVID-19 di NBD setakat kelmarin, 17 Julai 2022.

 

Sebanyak 74 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan dos ketiga vaksin manakala 5 peratus mendapatkan dos keempat.

Bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun pula, sebanyak 78 peratus telah mendapatkan dos kedua vaksin; dan 51.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun mendapatkan dos ketiga vaksin.

 

"Pada hari ini, sebanyak 1,772 kes baharu telah dilaporkan iaitu 1,762 kes hasil ujian ART dan 10 kes adalah hasil dari 334 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

 

"Orang ramai adalah diingatkan untuk memuat naik keputusan ujian ART, sama ada positif atau negatif ke aplikasi BruHealth untuk membantu Kementerian Kesihatan memantau situasi jangkitan," kata Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara dari segala bencana dan wabak penyakit serta berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala jua.

 1,772 kes baharu dikesan.jpg

Attachments
Created at 21/07/2022 02:55 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 21/07/2022 02:55 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim