Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat perpaduan

Berita dan foto : Dk Vivy Malessa Pg. Ibrahim

 

TUTONG, Rabu, 20 Julai. – Dalam hasratnya untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada penuntut-penuntut sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI hari ini mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN bagi seramai 264 orang penuntut Mahad Islam Brunei, bertempat di dewan sekolah berkenaan.

 

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) di kalangan para penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

 

Dalam masa yang sama juga bagi mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya penuntut-penuntut yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

 

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penerangan, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin yang antara lain menanamkan kesedaran dalam kalangan para penuntut sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti. (One Vision, One Identity, One Community).

 

Kuiz ASEAN turut diadakan bagi menguji sejauh mana pengetahuan para penuntut sekolah mengenai ASEAN dan peranan pertubuhan tersebut dalam membangun negara-negara anggotanya.

 

Turut dipromosikan semasa taklimat berkenaan ialah aplikasi mudah alih 'We ASEAN' yang mengandungi maklumat mengenai ASEAN dan negara-negara anggota ASEAN (ASEAN Member States); kalendar ASEAN; kuiz; galeri gambar dan video.

 

Aplikasi tersebut merupakan salah satu projek di bawah Jawatankuasa Kecil (SCI) ASEAN-COCI.

 

Ia boleh dimuat turun melalui Google Play bagi pengguna Android and App Store bagi pengguna iOS. Turut hadir tenaga pengajar sekolah berkenaan.

Suntik semangat perpaduan.jpg 

Attachments
Created at 21/07/2022 02:35 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 21/07/2022 02:59 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim