Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jabatan Penerangan raikan Ulang Tahun Penubuhan Ke-70 Tahun

Oleh : Aimi Sani / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

BERAKAS, Sabtu, 28 Mei. - Bersempena dengan Penubuhannya Ke-70, Jabatan Penerangan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

 

Juga hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.

 

Terdahulu, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran pada majlis tersebut dikepalai oleh Pegawai Masjid Ash-Shaliheen, JPM, Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Dato Paduka Haji Emran dan kemudiannya disemarakkan dengan laungan Selawat Tafrijiyyah sebanyak tiga kali beramai-ramai oleh para pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.

 

Majlis Doa Kesyukuran tersebut juga dihadiri oleh mantan-mantan pengarah dan warga Penerangan yang termasuk Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap di JPM dan Jabatan Tenaga.

 

Turut hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah; Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini serta pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan Jabatan Penerangan juga mantan warga Jabatan Penerangan.

 

Majlis juga diserikan dengan tayangan Video Ristaan 70 Tahun Jabatan Penerangan yang memaparkan perkhidmatan, perkembangan dan kemajuan yang dicapai dalam usahanya membudayakan masyarakat bermaklumat sejak ditubuhkan pada 1 April 1952.

 

Sepanjang 70 tahun ini, Jabatan Penerangan secara berterusan melaksanakan strategi kerja yang antaranya meliputi komunikasi bersemuka bersama peringkat akar umbi dan orang ramai, penerapan semangat kenegaraan / patriotisme dan penerbitan bahan-bahan berita serta hal ehwal semasa melalui akhbar rasmi kerajaan, Pelita Brunei.

 

Seterusnya, Jabatan Penerangan juga menerbitkan buku-buku, menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti perhubungan awam, perkhidmatan media dan juga sokongan.

 

Jabatan Penerangan juga tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan Revolusi Industri Keempat dalam usahanya untuk membarigakan dasar, program dan aktiviti kerajaan dengan memperkenalkan dan menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter di samping aplikasi mudah alih telefon bimbit, 'InfoDept.BN' dan 'We ASEAN'.

 

Pada usianya sudah mencecah 70 tahun, Jabatan Penerangan terus memainkan peranan pentingnya iaitu khususnya dalam membarigakan maklumat, dasar, program dan aktiviti kerajaan yang sahih dan sebagai platform perantaraan di antara rakyat - kerajaan – rakyat.

 Jabatan Penerangan raikan Ulang Tahun Penubuhan Ke-70 Tahun(2).jpg

Jabatan Penerangan raikan Ulang Tahun Penubuhan Ke-70 Tahun(1).jpg

Attachments
Created at 01/06/2022 09:10 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 01/06/2022 09:10 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim