Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Acara Persendirian Di Rumah Dibenarkan Bagi Keluarga Terdekat

Oleh : Khartini Hamir 

Foto : Hernie Suliana Haji Othman

BERAKAS, Jumaat, 22 April. - Pada Sidang Media Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam (NBD), yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong mengumumkan mengenai perkara berkaitan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba. 

Yang Berhormat menggariskan adalah dibenarkan untuk keluarga terdekat sahaja mengikut kapasiti perkumpulan ramai yang dibenarkan pada masa ini, iaitu maksima 30 orang tetamu di rumah persendirian (tidak termasuk tuan rumah) atau maksima 300 orang bagi acara yang diadakan di dewan dengan mematuhi garis panduan kesihatan berikut. 

Hendaklah membuat Ujian P antas Antigen (ART) sebelum meninggalkan rumah untuk berkunjung ke rumah ahli keluarga terdekat, dan sesiapa yang mempunyai keputusan positif hendaklah melaporkannya ke aplikasi BruHealth dan mengasingkan diri di rumah. 

Selain itu, sentiasa memakai sungkup muka kecuali semasa makan dan minum; kerap mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan (hand sanitiser); dan kunjung mengunjungi secara beramai-ramai atau berkumpulan serta bersalam-salaman adalah tidak digalakkan. 

Orang ramai juga adalah diperingatkan supaya sama-sama peka dan mengambil Langkah berjaga-jaga dalam melindungi antara satu dengan yang lain, terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas. 

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa lebih berhati-hati dan berada di rumah jika berasa kurang sihat. Menyentuh bagi Domestic Runners yang berdaftar di bawah kawalan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) pula, mereka adalah diperlukan untuk menjalani ART sebanyak dua kali seminggu dan muat naik keputusan ART tersebut ke dalam aplikasi BruHealth. 

Domestic Runners dengan ini tidak lagi diperlukan untuk menjalani Ujian RT-PCR sebanyak dua minggu sekali, iaitu serupa dengan keperluan bagi transporter yang diumumkan melalui Kenyataan Media Jawatankuasa Pandu COVID-19 sebelum ini. 

moh 2 23 april.JPG

Attachments
Created at 23/04/2022 10:10 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 23/04/2022 10:10 AM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim