Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jabatan Penerangan raikan penubuhannya ke-69 tahun

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

TANJONG BUNUT, Selasa, 6 April. - Jabatan Penerangan ditubuhkan pada 1 April 1952 yang dahulunya dikenali sebagai Perkhidmatan Penerangan.

Dalam menjangkau usianya lebih setengah abad, Jabatan Penerangan terus mengorak langkah menanai dan menggalas tugas serta tanggungjawab sebagai salah sebuah peneraju dalam pembarigaan maklumat rasmi, sejajar dengan visinya 'Membudayakan Masyarakat Bermaklumat'.

Justeru, sempena menyambut hari penubuhannya yang ke-69 tahun, Jabatan Penerangan petang tadi mengadakan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin yang dipimpin oleh Awang Muhd. Rafi'uddin bin Haji Ramli.

Sementara itu, bacaan Tahlil dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Awang Saufi bin Haji Suhaini, pada majlis yang diadakan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjong Bunut.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.

Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media), JPM, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Shahrul Jeffri bin Dato Paduka Haji Ibrahim; Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini; Pegawai-pegawai Kanan JPM serta pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan; Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Ar-Rahman; dan juga penduduk Kampung Tanjong Bunut dan sekitarnya.

Majlis diselajurkan dengan penyampaian wakaf hasil sumbangan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan serta keluarga untuk kegunaan masjid berkenaan, iaitu sebuah sistem pembesar suara; dua buah vakum 'blower' elektrik; dua buah vakum 'cleaner'; 79 buah Buku Iqra berserta penunjuk; lima buah meja dan 30 buah kerusi bankuet; 10 set sejadah sandar; 10 buah rehal; dan sebuah 'water dispenser' yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

BERITA 4A.jpg

 BERITA 4B.jpg

BERITA 4C.jpg

Attachments
Created at 13/04/2021 02:11 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 13/04/2021 02:11 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim