Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat ASEAN-ness dalam kalangan pelajar

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Alishahrin Haji Mumin

BELAIT, Khamis, 30 April. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada para pelajar sekolah menengah di negara ini, dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Sayyidina Ali bertempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.

Turut hadir pada taklimat berkenaan, Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Hajah Jumimah binti Haji Jumat; dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, kepada 218 pelajar Tahun 7 dan Tahun 8.

Taklimat antara lain untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

Para pelajar juga berpeluang menyertai sesi Kuiz Kenali ASEAN dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran sekolah berkenaan.

Dalam hasrat untuk membarigakan mengenai ASEAN, ia juga usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan para pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Awang Eddy Iswandy bin Haj (1).jpeg

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Awang Eddy Iswandy bin Haji Is.jpeg

Pelajar Tahun 7 dan 8  Sekolah Menengah Sayyidina Ali (4).jpeg

Pelajar Tahun 7 dan 8  Sekolah Menengah Sayyidina Ali (2).jpeg

Pelajar Tahun 7 dan 8  Sekolah Menengah Sayyidina Ali (3).jpeg 

Pelajar Tahun 7 dan 8  Sekolah Menengah Sayyidina Ali.jpeg 

Para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEA.jpeg 

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengetua Pentadbir.jpeg 

Sesi Bergambar Ramai.jpeg



Attachments
Created at 12/05/2026 11:18 AM by shah.halim
Last modified at 12/05/2026 11:18 AM by shah.halim