Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
MERAGANG, Sabtu, 28 Februari. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan mengendalikan Program Taklimat Kenegaraan di Pusat Tingkatan Enam Meragang.
Taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan dihadiri oleh 216 orang penuntut Pra U1. Turut hadir, Pengetua, Dayang Haryani binti Haji Mohammad dan para tenaga pengajar PTE Meragang.
Program ini antaranya bertujuan untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.
Selain itu ia juga dihasratkan bagi mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035 dan inisiatif dalam Dasar Belia Negara dan Strategi 2020-2035.
Taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab Sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah; masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
