Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat Kenegaraan di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

SALAMBIGAR, Rabu, 1 April. - Seramai 169 orang penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar menghadiri Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Bahagian Komunikasi Strategik mengadakan bertempat di Dewan Sekolah berkenaan.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Seksyen Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

Dalam taklimat tersebut antara lain menekankan bahawa bendera negara dan lagu kebangsaan perlu dihayati, dihormati dan dipelihara di mana kita selaku rakyat dan penduduk NBD perlu berasa bangga kerana memiliki bendera negara dan lagu kebangsaan sendiri.

Bendera yang koyak dan luntur tidak boleh dinaikkan dan hendaklah diganti dengan yang baru. Apa jua tanda, huruf, perkataan, rajah, bentuk, lukisan atau lambang selain daripada lambang yang ada pada masa ini tidak boleh diletakkan pada bendera.

Manakala makna yang terdapat dalam lagu kebangsaan pula merupakan doa kepada Allah Subhanahu Wata'ala khusus bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semoga baginda dilanjutkan usia untuk memerintah dengan adil sebagai raja yang berdaulat menaungi nusa (negara) dan sentiasa dalam lindungan Allah Subhanahu Wata'ala.

Turut hadir Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Noor Zinatul Ashiqin binti Haji Ibrahim serta para tenaga pengajar. Selain mendengarkan taklimat, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera' serta berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi menguji dan meningkatkan kefahaman mengenai kandungan taklimat.

Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah Kuiz Kenegaraan oleh Pengetua sekolah berkenaan.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

TAKLIMAT KENEGARAAN (TK) SMSSA 01042026 (5).jpeg

TAKLIMAT KENEGARAAN (TK) SMSSA 01042026 (6).jpeg

TAKLIMAT KENEGARAAN (TK) SMSSA 01042026 (7).jpeg

TAKLIMAT KENEGARAAN (TK) SMSSA 01042026 (3).jpeg

TAKLIMAT KENEGARAAN (TK) SMSSA 01042026 (4).jpeg

TAKLIMAT KENEGARAAN (TK) SMSSA 01042026 (2).jpeg


Attachments
Created at 11/04/2026 03:51 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 11/04/2026 03:51 PM by nurakram.bahrin