Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Perluas kesedaran pelajar terhadap komuniti ASEAN

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 April. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI, meneruskan lagi usaha membarigakan maklumat mengenai ASEAN melalui penganjuran Jerayawara Kenali ASEAN di Sekolah Menengah Masin.

Program yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan itu disertai oleh seramai 280 pelajar Tahun 7 dan 8.

Turut hadir, Pengetua Sekolah Menengah Masin, Dayang Hajah Norwen binti Haji Brahim bersama para tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, antara lain bertujuan memberikan pendedahan asas mengenai ASEAN serta menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sebagai sebahagian daripada komuniti ASEAN.

Usaha ini adalah selaras dengan moto ASEAN, 'Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti' (One Vision, One Identity, One Community).

Selain sesi taklimat, para pelajar turut berpeluang menyertai Kuiz Kenali ASEAN bagi menguji kefahaman mereka mengenai organisasi serantau tersebut. Penyampaian hadiah kepada para pemenang kuiz telah disempurnakan oleh pengetua sekolah berkenaan.

Penganjuran jerayawara ini merupakan antara inisiatif berterusan Jabatan Penerangan dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran mengenai ASEAN, di samping menyemai semangat patriotisme dan perpaduan atau ASEAN-ness dalam kalangan generasi muda.

Melalui program seumpama ini, para pelajar diharap dapat memahami fungsi dan tujuan penubuhan ASEAN, sekali gus mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat.

Ini penting dalam melahirkan generasi pewaris yang berperanan aktif dalam memacu hala tuju negara pada masa hadapan.

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (1).jpeg

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (8).jpeg

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (10).jpeg 

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (9).jpeg 

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (7).jpeg 

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (6).jpegJERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (5).jpeg 

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (4).jpeg 

JERAYAWARA KENALI ASEAN (JKA) BAGI SEKOLAH MENENGAH MASIN 02042026 (3).jpeg


Attachments
Created at 11/04/2026 03:40 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 11/04/2026 03:40 PM by nurakram.bahrin