Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan

TEMBURONG, Sabtu, 7 Februari. - Setiap negara di dunia memiliki bendera rasmi dan lagu kebangsaan masing-masing termasuklah Negara Brunei Darussalam (NBD).

'Kitani' perlu merasa bangga kerana memiliki bendera negara dan lagu kebangsaan sendiri. Justeru, bendera negara dan lagu kebangsaan kita perlu dihayati, dihormati dan dipelihara. Dari itu, kibarkanlah dengan megah bendera negara dan nyanyikanlah Lagu Kebangsaan NBD dengan penuh penghayatan dan penghormatan.

Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Awang Haji Ariffin bin Mohd. Noor / Morshidi menekankan perkara tersebut semasa memberikan sesi Taklimat Kenegaraan hari ini bertempat di Dewan Sekolah Arab Temburong, di sini.

Taklimat bertajuk 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan NBD', Awang Haji Ariffin antara lain menerangkan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah juga Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, dan Menteri Kewangan dan Ekonomi, dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diputerakan pada 15 Julai 1946 di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) dan baginda dimasyhurkan sebagai Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota pada tahun 1961.

Sementara dalam perkara Bendera NBD pula mempunyai enam bendera rasmi peribadi dan orang-orang yang dikurniakan gelaran serta bendera jabatan kerajaan yang berpakaian seragam iaitu Bendera Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Bendera Cucu Pengiran Perdana Wazir, Bendera Pengiran-Pengiran Kebanyakan, Bendera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Bendera Pasukan Polis Diraja Brunei.

Seramai 51 pelajar dari Tahun 5 hingga 8 sekolah tersebut mendengarkan taklimat berkenaan yang merupakan program Jabatan Penerangan dalam sama-sama membarigakan dan menyalurkan informasi terutama sekali kepada generasi muda.

Sejurus taklimat, kuiz seterusnya diadakan kepada pelajar bagi menguji kefahaman mereka dengan taklimat yang disampaikan. Hadir mendengarkan taklimat, Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Serikartini binti Haji Omar yang juga menyampaikan hadiah pemenang kuiz.
Taklimat seumpama ini antara langkah berterusan yang dilaksanakan Jabatan Penerangan bertujuan menyemai cinta raja, agama dan negara serta memupuk semangat patriotisme dalam kalangan penuntut.

Selain itu, taklimat merangkumi sejarah, tatacara menaikkan bendera, dan lagu kebangsaan serta Kuiz Kenegaraan. Objektifnya antaranya mengukuhkan solidariti, patriotisme dan kenegaraan dalam diri pelajar.

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (8).jpeg

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (1).jpeg

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (9).jpeg

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (6).jpeg

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (7).jpeg

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (3).jpeg

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (2).jpeg

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (4).jpeg 

Hayati, hormati, pelihara bendera negara, lagu kebangsaan (5).jpeg

Attachments
Created at 18/02/2026 10:12 AM by Dona Azfina Binti Ibrahim
Last modified at 18/02/2026 10:12 AM by Dona Azfina Binti Ibrahim